Thursday 23 May 2013

Al-Hasyr



{59} 
Al-Hasyr (pengusiran) 1~24.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.  

1. Telah berbakti kepada Allah, apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, dan ialah yang gagah, yang bijaksana.
2. Ialah yang keluarkan orang-orang kafir dari ahli kitab, pada pengusiran yagn pertama-pertama dari negeri mereka, kamu tidak sangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka yakin bahawa benteng-benteng mereka akan hindarkan mereka dari (kegagahan) Allah, tetapi Allah datangi mereka dari jalan yang mereka tidak sangka-sangka, dan ia masukkan ketakutan dalam hati-hati  mereka, mereka binasakan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka dan tangan-tangan mukmin, lantaran itu, ambilah ibarat, hai oang-orang yang mempunyai pemandangan-pemandangan !.
3. Dan kalau tidak kerana Allah telah wajibkan atas mereka pengusiran itu, nescaya ia akan azab mereka didunia, sedang bagi mereka, diakhirat ada azab neraka.
4. Yang demikian itu kerana mereka memusuhi Allah dan Rasul nya, sedang barang siapa memusuhi Allah, maka sesungguhnya Allah sangat keras seksaan (nya).
5. Apa sahaja yang kamu potong dari pohon kurma atau kamu biarkan nya berdiri adas batang-batang nya, maka adalah dengan izin Allah, dan ia hendak merendahkan orang-orang yang melewati batas.
6. Dan apa-apa yang Allah serahkan kepada Rasul nya dari (harta-harta) mereka, maka bukanlah kamu buru dia dengan kuda dan tidak dengan unta, tetapi Allah beri kekuasaan kepada Rasul-Rasul nya, atas siapa-siapa yang ia kehendaki, kerana Allah berkuasa atas taip-tiap suatu.
7. Apa-apa yang Allah berikan kepada Rasul nya dari (harta) penduduk desa-desa, maka adalah bagi Allah dan bagi Rasul nya dan bagi kaum kerabatnya dan anak-anak yatim dan orang-orang meskin dan musafir yang keputusan belanja, supaya ia tidak jadi barang edaran antara orang-orang yang kaya dari kamu, dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang ia larang kamu, maka jauhilah, dan jika lah diri-diri kamu (dari azab) Allah, sesungguhnya Allah sangat keras seksaan (nya).
8. (Iaitu) bagi fakir-fakir yang berhijrah yang dikeluarkan dari negari-negeri mereka dan (dijauhkah) dari harta-harta mereka (kerana) mereka menuntut kurnia dari Allah dan keredaan dan mereka menolong Allah dan Rasulnya, mereka ini ialah orang-orang yang benar.
9. Dan orang-orang yang (menang) menduduki tempat itu dan beriman sebelum mereka, kasih kepada orang yang berhijrah kepada mereka, dan tidak mereka didapati kedengkian dihati-hati mereka tentang apa-apa diberikan kepada mereka, dan mereka utamakan (mereka itu) atas diri-diri mereka, walau pun ada pada mereka kepapaan, kerana barang siapa diselamatkan dia daripada kebakhilan dirinya, maka mereka  itu ialah orang-orang yang berbahagia.
10. Dan orang-orang yang datang sesudah mereka, berkata; “hai Tuhan kami ! ampunkan lah kami dan sadara-saudara kami yang mendahului kami dengan beriman, dan janganlah engkau jadikan kedengkian dihati-hati kami terhadap mereka yang beriman ! Hai Tuhan kami ! sesungguhnya engaku pengasih, penyeyang”.
11. Tidak kah engkau perhatikan orang-oranng munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari ahli kitab; “jika kamu diusir keluar, sesungguhnya kami akan keluar bersama kamu, dan kami tidak akan sekali-sekali tunduk kepada siapa pun tentang (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi, sesungguhnya kami akan tolong kamu”, pada hal Allah menyaksikan bahawa se nya mereka itu orang-orang yang berdusta.
12. Jika mereka itu diusir keluar, mereka ini tidak akan keluar bersama mereka itu, dan  jika mereka itu diperangi, mereka ini tidak akan menolong mereka itu, dan jika mereka ini tolong mereka itu (umpama nya), nescaya mereka itu (lari) membalik kan belakang, kemudian mereka itu tidak akan tertolong.
13. Sesungguhnya kamu lebih hebat di dada-dada mereka daripada Allah, yang demikian itu lantaran mereka kaum yang tidak mengerti.
14. Mereka tidak akan memerangi kamu dengan berhadapan, tetapi (akan perangi kamu) didunia-dunia yang telah dibentengi atau dari belakang pagar, (kerana) permusuhan diantara mereka (sendiri) bersangatan, engkau sangka mereka bersatu, tetapi hati-hati mereka pecahkan , yang demikian itu (ialah) kerana mereka satu kaum yang tidak mengerti.
15. (Mereka adalah) seperti orang-orang yang sedikit dahulu dari mereka yang telah rasakan akibat jelek bagi pekerjaan mereka, dan adalah bagi mereka azab yang pedih.
16. (Mereka adalah)  seperti syaitan tetakala berkata kepada manusia; “kufurlah’. Setelah (manusia) itu kufur, ia berkata; “aku berlepas diri daripada mu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan bagi sekelian alam”.
17. Maka adalah akibat keduanya itu, bahawa keduanya dineraka dalam keadaan kekal didalam nya, kerana yang demikian itu balasan bagi orang-orang yang zalim.
18. Hai orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah, dan hendaklah (tiap-tiap) jiwa memperhatikan apa yang ia telah sediakan untuk esok, dan berbaktilah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang  kamu kerjakan.
19. Dan jangan lah kamu jadikan seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu ia jadikan mereka lupa kepada diri-diri mereka, mereka itu ialah orang-orang yang pasik.
20. Tidak sama ahli neraka dan ahli syurga, ahli syurga itu ialah orang-oranng yang mendapat kemenangan.
21. Jika kami turunkan Quran ini atas satu gunung, nescaya engkau lihat dia tunduk merendah terbelah-belah lantaran takut kepada Allah, dan perumpamaan-perumpamaan itu kami adakan untuk manusia, supaya mereka berfikir.
22. Ialah Allah  yang tidak ada sebarang Tuhan (yang sebenarnya) melainkan dia yang mengetahui perkara azab dan yang  hadir, ialah pemurah, penyayang.
23. Ialah (Allah) yang tidak ada sebarang Tuhan (yang sebenarnya) melainkan dia, Raja, yang mulia suci, yang sejahtera, yang mengurnia keamanan, yang mengawal, yang gagah yang maha kuasa, yang (berhak) sombong, maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
24. Ialah Allah yang menjadikan, yang mewajibkan, yang merupakan, baginya lah nama-nama yang baik, berbakti kepada nya apa-apa yang dilangit-langit dan di(bumi), dan ialah yang gagah, yang bijjaksana. 

[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]  

No comments:

Post a Comment